Ahad, 1 Julai 2012

LATIHAN KEBAKARAN PRASEKOLAH

LATIHAN KEBAKARAN PRASEKOLAH SK ALMA

17 MEI 2012

wah..! tekun membuat kerja sekolah..tiba-tiba...


kedengaran bunyi loceng yang panjang...semua murid bersedia


keluar dari kelas dengan pantas..


berhimpun di padang SK Alma

semua murid prasekolah beratur mengikut kelas

ketibaan bomba,  ketika ini  terlebih dahulu seorang murid prasekolah telah diambil sebagai pelakon...murid yang terperangkap dalam kebakaran...(syabas la... Amirul )

murid prasekolah berpeluang melihat dengan dekat kenderaan bomba

macam - macam ada pada kenderaan bomba

boleh juga merasa naik kenderaan bomba

Kesian abang ni terpaksa dukung naik turun murid- murid prasekolah dari kenderaan bomba..Terima kasih

Cikgu Ani pun teringin nak naik ke..? hehehe

horey..! seronoknye dapat naik kenderaan bomba..nanti besar boleh jadi bomba pulak


Latihan kebakaran SK Alma ini telah memberi pendedahan kepada murid-murid Prasekolah Delima. Zamrud dan Mutiara untuk menyelamatkan diri semasa kebakaran. Walaupun masa yang diambil untuk berkumpul dengarnya lebih 3minit. Satu masa yang lama dan tidak  tepat menyelamatkan diri.  Kerana masa yang bagus untuk menyelamatkan diri dan berkumpul ialah di bawah 3 minit.  Tertanya-tanya juga saya...murid - murid prasekolah ni semuanya ambil masa nak pakai kasut..kat situ je dah  habis berapa minit..takan lahh nak berkaki ayam pulak ke tempat perhimpunan...mungkin kami kena latih mereka pakai kasut dengan sepantas yang boleh..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan